Saturday, 5 December 2015

tersekat

haha.

ok anak-anak, ini bukan cerita makanan tersekat di krongkong, bukan juga cerita jari anda tersekat di skala satu ketika dalam cubaan membelai rambut sendiri. Namun tujuan saya menaip laju papan kekunci selaju kura-kura berlari ini adalah kerana satu frasa kalau dalam bahasa orang putihnya ---- moving on.

'Eh, kau dah kenapa nak jiwang-jiwang karat ni? Buang tebiat ke. Baik pi buang air. Banyak pekdah kepada usus. ' cantas cik Kiah yang jeles dengan kejelitaanku. Eh.

Ala lek ah cik Kiah. Belum apa-apa lagi lu nak bikin kecoh pehal? haha. Bajet nak jadik KL Gangster tapi nampak sangat kena reject iye dok.

Meh nak lemparkan satu pertanyaan sikit kat hampa-hampa semua. Apa jadik kalau kita asyik nak belajar operasi tambah sahaja dalam Matematik?

'Ala tak best la nak belajar topik baru. Sebab kalau kita tak seterer Super Saiyaa bila nak jawab soalan tolak darab bahagi, macam mana? Dah tak suka subjek Matematik demikian.' kata adik kecik yang tak cukup vitamin kat otak ini.

Hamboi kauuu. kalau bab menjawab no. satu naa. Ha meh sini cek nak cakap, kalau hang tau tambah ja, memang baguih la kalau hang orang kutip hutang,  abih tu kalau hang orang yang hobi mengumpul hutang, walaupun hang dah bayaq, hang tak reti operasi tolak, sampai ketua la hutang hang menimbun-nimbun, asyik tambah jaa. haha sadis.

So kalau nak berjaya, kenalah selalu gerak kehadapan, toksah nak tengok-tengok belakang dah. Jeling-jeling tu boleh la, kot-kot nak belajar dari masa lalu kan, tapi toksah lama-lama. Jeling sikit, analyses, and say bai bai to the past. huehue.. Kan senang tu.

Ha contohnya:

1. kot harini dapat result exam. Sedihla pulak tak segempak yang diimpikan. Jangan risau. Banyak lagi exam yang akan datang. (haha. macam patut risau ja). But take la result exam tu as salah satu journey kita dalam menjadi seorang ORANG. Macam budak tak tau malu dalam cerita Wimpy Kid tu. Yakin je dia akan jadi orang ternama, sebab tu buat diary bahhahahhah. pergh boleh tak takde kaitan lagi -___-'''

     sesapa yang xtau Wimpy Kids tu siapa. lame gais lame. coolest book everrr. (sbb bnyak gambar)


2. Ha, ni untuk orang yang selalu la ber'crush' tu. (kapel-kepal ai tak boleh la nak cerita. ) Nama pong crush kan. Lek ah. Banyak lagi ikan dilautan. Kalau takut sangat tak jumpa 'the one' meh isi borang kasik kat akak. Kat india ni banyak je lelaki yang gigih-gagah untuk korang. Tall, dark and .... (yang belakang tu tak payahla huahua )  Specially for you hehe.

                                                  carming angat keke


3. kot 50 hari lalu ada termenyampah kat seseorang ni kan..move on je laa. maapkan la zahir batinnyaa. Buat-buat macam hari ni hari raya aidilfitri maaf zahir batin. Yang ruginya hati kita asyik nak menyampah kat dia. Dia? lek je makan icekrem tak ajakk ciss.. ni nak menyampah balik ni haha.

hamboi kau. makan ice cream x hengat akhirat

So, dengan ini saya menyeru umat manusia sekalian untuk MOVE ON. Dapat sihatkan usus, otak, fius suis yang serabut dekat kepala anddd suddenly the world becomes super bright. Cubalah :)



 

No comments:

Post a Comment